Thursday, December 9, 2010

Program Pembangunan Industri Francais

Memandangkan perkembangan perniagaan sistem francais di peringkat global, kerajaan mengubal strategi mengembangkan industri franchise di Malaysia supaya sealiran dengan perkembangan global. Antara aspek-aspek penting dalam  perlaksanakan strategi tersebut termasuklah: 
Membangunkan produk francais tempatan
Mengenalpasti produk-produk tempatan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai perniagaan francais dengan mengadakan perundingan dengan pemilik perniagaan dan melalui penyediaan kemudahan-kemudahan serta bantuan yang diperlukan dari segi kewangan, khidmat nasihat dan rangkaian pasaran.
Mengenalpasti Francais Luar Negara untuk Difrancaiskan kepada Usahawan Tempatan
Mengenalpasti perniagaan-perniagaan francais luar negara yang berpotensi untuk dibawa masuk ke Malaysia dan kemudiannya membeli hak secara terus bagi perniagaan-perniagaan tersebut sebagai francaisi induk dan difrancaiskan semula kepada usahawan-usahawan tempatan.
Promosikan Francais Tempatan ke Peringkat Antarabangsa
Mengembangkan perniagaan produk-produk francais tempatan ke peringkat global melalui penyertaan ekspo-ekpso francais di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan produk-produk francais tempatan ke luar negara.
Latihan dan  Bimbingan
Memberikan latihan dan bimbingan kepada francaisor dan francaisi dari segi latihan teknikal operasi perniagaan produk berkenaan, kursus asas perniagaan francais kepada usahawan-usahawan, pembangunan perundingan kepada juruperunding-juruperunding francais dan mengadakan kursus-kursus di peringkat negeri.
Skim Pembiayaan Francais yang Mudah
Menyediakan skim pembiayaan yang komprehensif kepada francaisor, francaisi induk dan francaisi dalam bentuk pembelian ekuiti, ‘loanstock’ dan pinjaman biasa. Syarat-syarat permohonan di bawah Skim Pembiayaan Francais yang sedia ada akan dipermudahkan dan lebih banyak panel bank akan dilantik bagi membolehkan lebih ramai usahawan mendapat kemudahan di bawah skim tersebut dan tempoh masa permohonan juga boleh dipercepatkan.
Meningkatkan Pengetahuan Usahawan Tempatan Mengenai Perniagaan Francais
Mengadakan seminar dan ekspo di peringkat negeri dan juga nasional bagi mempromosikan perniagaan francais kepada usahawan-usahawan tempatan. Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan serta sektor swasta juga akan turut menyertai seminar dan ekspo di peringkat antarabangsa bagi mempromosikan perniagaan francais tempatan ke peringkat global serta menerbitkan brosur-brosur dan majalah mengenai perniagaan francais. usahawan yang berminat boleh memfrancaiskan perniagaan yang sedia ada dan menggalakkan ‘conversion’ perniagaan-perniagaan yang dipunyai dan diuruskan sendiri oleh syarikat kepada perniagaan francais.
Penguatkuasaan Undang-undang Mengenai Francais
Menguatkuasakan Akta Francais 1998 dengan tegas dan berkesan. Akta tersebut digubal dengan tujuan membolehkan kerajaan mengumpul maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan francais melalui satu sistem pendaftaran yang teratur, mengawalselia pelaksanaan perniagaan berkonsep francais di Malaysia secara keseluruhannya dan membendung amalan tidak sihat dalam perniagaan francais.

No comments:

Post a Comment