Monday, November 15, 2010

2.5 juta jemaah mulakan ibadah haji

2010/11/15MAKKAH: Sekurang-kurangnya 2.5 juta jemaah memulakan ibadat haji semalam dengan menuju ke sebuah kawasan perkhemahan di Mina, tidak jauh dari bandar Makkah, mengikut jejak langkah Nabi Muhammad SAW, 14 abad yang lalu.

Beratus-ratus bas dan kenderaan lebih kecil penuh dengan jemaah tua dan muda menuju ke sana. Ramai juga yang memutuskan untuk berjalan kaki...

Empat pos kawalan di lebuh raya Jeddah-Makkah penuh dengan anggota keselamatan bagi memastikan perjalanan jemaah lancar. Di Mina, lalu lintas lancar.
Sebaik tiba dan masuk ke khemah yang kalis api, jemaah akan mula membaca al-Quran, berdoa atau cuba mencari sanak saudara, lapor laman web Arab News.
Ramai juga akan berehat terlebih dulu kerana perjalanan dari Jeddah dan Makkah ke Mina biasanya mengambil masa lima jam.

Seorang jemaah Pakistan, Shaukat Piracha, berkata: “Keadaan di sini memang menarik sekali. Saya datang lebih awal kerana mahu mengelak kesesakan jalan.”
Pagi ini, jemaah akan bergerak ke Padang Arafah, tempat Nabi Muhammad SAW memberi amanat terakhirnya.

Selepas itu, jemaah akan pulang ke Mina selepas bermalam di Muzdalifah. Selepas itu, mereka akan melontar batu di Jamrah dan melakukan korban sempena tibanya Hari Raya Aidiladha esok. – Reuters/Agensi

No comments:

Post a Comment