Tuesday, November 16, 2010

Nor Shamsiah Timbalan Gabenor BNM

pix_gal0
BANK Negara Malaysia mengumumkan pelantikan Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Timbalan Gabenor untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini.

Bank Negara dalam satu kenyataan semalam berkata, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Zamani Abdul Ghani yang bersara mulai semalamsetelah berkhidmat selama lebih daripada 39 tahun bersama bank pusat itu. Nor Shamsiah memulakan kerjayanya di Bank Negara pada 1987 dan berpengalaman luas dalam pembentukan pengawalan amalan berhemat, undang-undang, dasar dan garis panduan untuk sektor kewangan.

Beliau juga terbabit dalam inisiatif penyelesaian sektor kewangan semasa krisis kewangan Asia dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan untuk pembangunan sistem kewangan Malaysia dari 2001 hingga tahun 2010.

Nor Shamsiah sebelum ini ialah Penolong Gabenor yang bertanggungjawab terhadap penyeliaan institusi kewangan di bawah kawal selia Bank Negara dan juga menyelia Jabatan Pengurusan Risiko.
Beliau juga ialah anggota Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara dan anggota Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

No comments:

Post a Comment