Tuesday, November 16, 2010

Pelancong Perancis Lemas Ketika Menyelam Di Pulau Mabul

SEMPORNA: Seorang pelancong rakyat Perancis yang melakukan aktiviti menyelam, ditemui mati lemas di kawasan perairan Pulau Mabul, awal pagi semalam.
Identiti lelaki berusia 26 tahun itu belum didedahkan kerana usaha menghubungi keluarga lelaki itu masih dijalankan.
Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Supritendan Mohd Azim Khan Abdullah berkata, lelaki itu melakukan aktiviti menyelam bersama dua lagi rakannya di kawasan perairan pulau itu pada pukul 1.30 pagi.
"Rakannya membuat laporan polis pada pukul 3 pagi apabila mangsa tidak muncul di permukaan air bersama mereka," katanya.
Sehubungan itu gerakan mencari dan menyelamat dilancarkan dan mayat lelaki itu ditemui terapung pada kira-kira pukul 10 pagi di kawasan dia dilaporkan hilang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment