Tuesday, November 16, 2010

Istana Budaya Berfantasi Siti Di Alam Fantasi

Setelah 10 tahun berlalu, Siti Di Alam Fantasi, kembali lagi untuk kali kedua di pentas berprestij Istana Budaya dengan menampilkan persembahan yang lebih segar dan mantap, sesuai dengan teknologi dan selera penonton terkini.
Sekarang sedang berlangsung sidang media untuk musim kedua, Siti Di Alam Fantasi, akan diarahkan oleh Aminah Rapor, yang juga pernah mengarah teater seperti Tanah Bernanah, Tun Mamat juga Siti Di Alam Fantasi musim pertama pada tahun 2000.
Untuk persembahan yang bakal berlangsung dari 22 – 31 Disember ini, Liyana Jasmay akan mengantikan Amy Mastura, selaku watak Siti. Dengan tenaga baru, Liyana Jasmay dijangka memberikan aura tersendiri buat tarikan kepada penonton yang akan menyaksikan teater ini.

Selain Liyana, antara pelakon yang akan membuai fantasi penonton nanti adalah Vanidah Imran dan Ebby Yus.
Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Siti Di Alam Fantasi, akan berfantasi dari 22 – 31 Disember 2010 pada 8.30 malam, setiap hari. Tiket-tiket berharga RM 30, RM 50 dan RM 150. Tiket-tiket boleh didapati di kaunter tiket ‘Box Office’ Istana Budaya atau pun secara dalam talian di www.ticket2u.biz.
Siti Di Alam Fantasi dibawakan oleh Istana Budaya, agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Siti Di Alam Fantasi Musim Kedua Pada 22 - 31 Disember 2010







Siti Di Alam Fantasi Musim Kedua Pada 22 – 31 Disember 2010










.

No comments:

Post a Comment